Rabu, 25 Mei 2011

PELABURAN DANA ISLAM UNIT AMANAH ( DIVIDEN 10%-20% SETAHUN )

Assalamualaikum,

Mungkin ramai yang belum mengetahui bahawa orang Islam di Malaysia mempunyai peluang untuk melabur dalam Dana Islam Unit Amanah. Dana Islam Unit Amanah ini dilaburkan di tempat-tempat yang dihalalkan oleh syariat Islam. Ia tidak sama sekali dilaburkan di tempat-tempat perjudian, arak dan sebagainya. Potensi keuntungan di dalam Dana Islam Unit Amanah ini amat tinggi. Sebab itulah, kita dapati para pelabur yang bukan Islam juga bertumpu kepada Dana Islam ini.

Potensi keuntungan Dana Islam Unit Amanah ialah antara 10% - 20% setahun. Dan sudah pasti ia diuruskan oleh Pengurus Dana yang profesional dan pelaburan juga dikawal oleh Pemegang Amanah iaitu Amanah Raya Berhad.

Dana Islam Unit Amanah kini ialah tempat yang sesuai untuk dijadikan platform pelaburan bagi menggantikan pelaburan ASB yang meragukan dari segi syariat. Seperti yang diketahui umum, pelaburan ASB melibatkan urusiaga dalam pelaburan yang tidak dihalalkan oleh Islam seperti judi dan arak. Oleh itu, lebih baik untuk kita elakkan daripada melabur di dalam ASB dan beralih kepada pelaburan Dana Islam Unit Amanah.

Keuntungan daripada Dana Islam Unit Amanah (10% - 20) ini sememangnya tinggi dan melebihi keuntungan di ASB (7% setahun) dan juga KWSP (5% setahun). Saya mencadangkan agar semua orang Islam dapat melabur di sini di samping mendapat keberkatan.

Banyak jenis Dana Islam yang ditawarkan seperti Dana Dividen Islam, Dana Bond Islam, Dana Ittikal dan sebagainya. Pelaburannya boleh dimulakan dengan jumlah yang paling minimum iaitu RM1000 sahaja. Manakala pelaburan ke dalam Dana Islam melalui KWSP juga boleh dilakukan dengan syarat akaun 1 KWSP sudah melebihi RM50,000. Semua peluang sudah terbuka. Maka rebutlah peluang ini untuk memperolehi kepuasan dalam pelaburan yang selamat dan terjamin.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut atau mempunyai sebarang pertanyaan, boleh hubungi Perunding Unit Amanah Dana Islam kami dengan segera
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan